Laman Utama
spacer

spacer
spacer

Ringkas

Malaysia Food Fest 2007Sempena 
Visit Malaysia Year 2007
Di Leeds, United Kingdom
 
VMY 2007

 
 
Buletin KUS Bil.2
Telah Terbit !
Lawati
umno-soton.org
untuk mendapatkan
buletin ini
 
Selamat Membaca ! 

 
Bicara Tokoh 2007
di London School Of Economics (LSE)
Pada 24 Mac 2007
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini !
 
Jumpa Di Sana...

 
 
 
 
 

Pautan

 

 

 
Malaysia Food Fest 2007
Written by Administrator   
Wednesday, 07 March 2007
MALAYSIA FOOD FEST 2007 Sempena
VISIT MALAYSIA YEAR 2007 LEEDS, UK
 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Visit Malaysia Year 2007 Leeds, UK akan mengadakan MALAYSIA FOOD FEST 2007 Sempena Visit Malaysia Year 2007 in Leeds, UK sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 13 MAC 2007 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi hingga 15.00 petang

Tempat: Riley Smith Hall, Leeds University.

MALAYSIA FOOD FEST 2007 adalah bertujuan untuk mempromosikan Visit Malaysia disamping menikmati Masakan dan Makanan Malaysia kepada warga British, local people mahupun masyarakat antarabangsa yang berada di dalam dan luar Kampus Leeds University untuk datang melihat Exhibition VMY2007 (Pelbagai maklumat & risalah berkaitan Perlancongan di Malaysia), membeli tiket untuk menyaksikan VMY2007 Night in Leeds, UK dengan pelbagai aktiviti Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Warisan, Pameran dan jualan Batik & Songket yang di datangkan khas dari Malaysia. Yang paling Utama disini adalah untuk menikmati masakan makanan Malaysia yang dibuat secara 'home made' oleh warga pelajar Malaysia di UK. Sebanyak 15 buah gerai akan berniaga di hari tesebut tidak termasuk Gerai Informasi Exhibition VMY 2007.
 
Promosi Visit Malaysia Year 2007 Leeds, UK akan juga diadakan di Leeds Metropolitan University, Leeds seperti perancangan berikut:

Peringkat Pertama:
                              Tarikh : 06 MAC 2007 (Selasa)
                              Masa : 09.00 pagi - 16.00 petang
                              Tempat: Civic Quater, Leeds Metropolitan University.

Peringkat Kedua
                              Tarikh : 08 MAC 2007 (Khamis)
                              Masa : 09.00 pagi - 16.00 petang
                              Tempat: Student Union Hall, Leeds Metropolitan University.
 
             Majlis kemuncak VISIT MALAYSIA YEAR 2007 Night In LEEDS:
 
                              Tarikh : 23 MAC 2007 (JUMAAT)
                              Masa : a/ 15.00 -6.45 petang (Exhibition)
                                           b/ 19.00 - 21.45 malam (Persembahan Kebudayaan,
                                                                                         Kesenian & Warisan)
                              Tempat: Riley Smith Hall, Leeds University.

 
Last Updated ( Wednesday, 07 March 2007 )
Read more...
 
Bicara Tokoh 2007
Written by Administrator   
Friday, 02 March 2007

The London UMNO Club in collaboration with LSESU Malaysia Club and Malaysian Students Department (MSD) are proud to bring you


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop’s appointment as Finance Minister II was an occasion to revisit the unorthodox policy measures Malaysia took in the dark days of the financial crisis. The policy measures were initially condemned by the global financial establishment but subsequently acknowledged as being effective.  The Malaysian crisis-management strategy was seen as an alternative which other countries can learn from. (Martin Khor, January 2004)

Program Itinerary:

10.00 am: Registration & Refreshment
10.15 am: Arrival of VIPs
10.20 am: Arrival of Guest of Honour, the Honourable Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Finance Minister II of Malaysia)
10.25 am: NEGARAKU (Malaysia National Anthem) followed by DOA RECITAL
10.30 am: Welcoming Speech by His Excellency Datuk Abd Aziz Mohammed (High Commissioner of Malaysia to the United Kingdom)
10.40 am: Speech by the Honourable Datuk Hj Mohd Shafie Hj Apdal (Domestic Trade & Consumer Affairs Minister of Malaysia)
10.50 am: 'SPECIAL FOCUS' by the Honourable Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
12.00 pm: Question & Answer session
13.00 pm: LUNCH (provided) 

This event is free and open to all. Entry is on a first come, first served basis.

Last Updated ( Monday, 05 March 2007 )
 
`Career Workshop'
Written by Administrator   
Monday, 05 March 2007
PROGRAM 'CAREER WORKSHOP'
ANJURAN KELAB UMNO LONDON

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab UMNO London akan menganjurkan program 'Career Workshop seperti berikut:

Tajuk
 :Part I - Career Guidance and Interview Workshop
 
  :Part II - Immigration Laws: How Does It Affect You?
 
Tarikh
 :18th March, 2007
 
Tempat
 :Malaysian Students Department
30-34 Queensborough Terrace
London W2 3ST
 
Masa
 :Mulai 10.45 pagi
 

Refreshment ringan akan disediakan.

Sesi ini adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Malaysia.

Tempat adalah terhad, sila lawati laman web kami untuk keterangan lanjut.
 
Winter Camp BPN UK 2007
Written by Administrator   
Sunday, 25 February 2007
 
 
Badan Perhubungan Negara UK (BPN UK) telah berjaya mengelola dan menjalankan program ulung Kem Musim Sejuk 2007. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri ahli-ahli kelab disamping mewujud dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

 Program Kem Musim Sejuk 2007 anjuran BPN UK ini telah diketuai oleh Sdr Zul Hisham Nadzri selaku Pengerusi Kelab UMNO Birmingham merangkap Setiausaha Agung BPN UK dan dibantu oleh Sdri Norainie Razali Noorazman yang juga Pengerusi Kelab UMNO Salford dan Manchester merangkap bendahari BPN UK. Walaupun program ini hanyalah sebagai satu percubaan namun ia telah dapat menarik hampir 50 orang peserta yang rata-ratanya dari kelab UMNO Birmingham, Manchester, Coventry dan Edinburgh. Apa yang membanggakan lagi ialah di mana program ini juga telah dapat menarik perhatian beberapa orang pelajar dari keturunan cina untuk turut serta.

 
Last Updated ( Monday, 05 March 2007 )
Read more...
 
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan
Written by Administrator   
Monday, 05 March 2007

 

Satu Perlawanan Persahabatan bola anjuran bersama Kelab UMNO Salford dan Manchester (KUSMA) dan Kelab UMNO Birmingham dengan kerjasama dari Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) dan Malaysian Students Society of Manchester (MSSM) telah diadakan pada hari Ahad 10 Disember di padang bola Alexandra Park Whalley Range Manchester. 

Perlawanan ini adalah diantara pasukan bola Birmingham (Johan Nottingham Games 2006) dan pasukan bola Manchester (Gabungan Johan CUP dan PLATE Liverpool Games 2006).

Sebanyak enam buah kereta yang telah mengikuti rombongan ke Manchester ini kerana bukan hanya mereka yang tinggal di Birmingham sahaja yang telah datang malah mereka yang tinggal di Stoke-On-Trent, Staffordshire serta Coventry dan Warwick turut serta dengan rombongan ini.  Sehubungan dengan itu, kira-kira seramai 80 orang kesemuanya termasuk penyokong dari Manchester yang berada di padang boa Alexandra Park untuk menyaksika  perlawanan bola ini walaupun cuaca pada hari itu agak kurang baik dengan hujan renyai-renyai dan sejuk. 
  
Walaupun hujan renyai-renyai, cuaca agak sejuk, padang yang lecak, ini tidak melunturkan semangat pemain-pemain pada hari itu.  Mereka tetap menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.  Perlawanan bola ini berakhir pada pukul 3.30 petang dengan keputusan Manchester menang 3-1.
  
Aktiviti perlawanan bola seperti ini amat digalakkan kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan sekali gus ia adalah satu aktiviti yang dapat mendisplinkan diri serta menguatkan stamina dari segi mental dan fisikal.  Selepas ini Saudara Zul akan menjelajah ke seluruh tempat di United Kingdom untuk mengadakan perlawanan seperti ini sejajar dengan rancangan Badan Perhubungan UMNO Negara United Kingdom untuk mengadakan Liga Kelab UMNO United Kingdom.  Ini adalah idea dari Saudara Zul serta Dzariman Pengerusi Kelab UMNO London untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara semua Kelab UMNO di United Kingdom serta seluruh rakyat Malaysia.
  
Dengan semangat kesukanan yang tinggi serta usaha gigih dari semua pihak untuk menjayakan program ini, insyaAllah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  
Tahniah diucapkan kepada Pasukan bola dari Manchester kerana telah memenangi perlawanan ini.  Walaupun pasukan Birmingham tidak menang tetapi mereka telah menunjukkan prestasi yang baik.
  
Tahniah sekali lagi kepada semua dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.  Harap ia tidak akan hanya berakhir disini.
  
Majulah Sukan untuk Negara!
  
Wasalam
 
 

Polls

Laman Web BPN UK ...
 
spacer
spacer
© 2007 Badan Pehubungan KULN UK